Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob menyeru orang ramai terutama jiran tetangga untuk menghubungi Talian Kasih dan pihak polis sekiranya berlaku sebarang kes keganasan rumah tangga di sekitar mereka.
Menurutnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Talian Kasih telah menerima sebanyak 135 panggilan aduan keganasan rumah tangga sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Talian Kasih boleh dihubungi di 15999 manakala PDRM boleh dihubungi melalui applikasi Whatsapp di nombor 019-2615999.