Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk tahun ini dibatalkan.
Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin berkata keputusan itu dibuat ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) yang masih berlanjutan yang menyebabkan sesi persekolahan diberhentikan.
Bagaimanapun beliau berkata satu mekanisme baru akan diperkenalkan bagi menilai murid tahun 6 dan tingkatan 3 tahun ini.
Beliau berkata demikian semasa sidang media di Putrajaya, hari ini.