'Insya-Allah, kerajaan bantu petugas media tersekat di sekatan jalan raya'

2020-04-15 381

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akan membantu pihak media yang terpaksa keluar menjalankan tugas dan membuat liputan di luar.

Hal ini kerana terdapat beberapa media yang ditahan pihak polis semasa sekatan jalan raya dilakukan kerana alasan surat kebenaran perjalanan mereka tidak sah.

"Insya-Allah, kita akan bantu media untuk menyelesaikan perkara-perkara seperti itu," katanya.

Jelasnya juga, kemungkinan perkara itu hanyalah terjadi disebabkan kes-kes tertentu.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Free Traffic Exchange