Yang bantu jahit, perlu tahu garis panduan PPE yang hospital gunakan

2020-04-14 524

Kementerian Kesihatan meminta orang ramai atau badan bukan kerajaan (NGO) mendapatkan garis panduan pakaian perlindungan peribadi (PPE) sebelum menjahit atau menghantar sumbangan berkenaan.

Ketua Pengarah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata petugas kementerian akan memberi spesifikasi PPE itu supaya dibuat menggunakan bahan yang sesuai.

“Kita mengalu-alukan orang ramai yang ingin membuat sumbangan PPE kepada kementerian untuk digunakan oleh petugas barisan hadapan semasa mengendalikan pesakit COVID-19.

“Mereka yang ingin menyumbang, boleh hubungi kami untuk mengetahui garis panduan seperti bagaimana untuk membuat PPE berkenaan dan juga jenis bahan (kain) yang digunakan,” katanya kepada dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Kelmarin, Dr Noor Hisham mendedahkan bekalan PPE di negara ini hanya mampu bertahan selama dua minggu dan penggunaan alatan terbabit dilihat meningkat secara drastik antara tiga hingga 10 kali ganda, susulan penularan COVID-19 di seluruh negara.

Free Traffic Exchange