Muhyiddin Yassin telah mengambil peluang penuh daripada penyebaran wabak Covid-19 dan keadaan ekonomi semasa untuk memperkukuh kedudukan sebagai perdana Menteri, kata tokoh wartawan A Kadir Jasin.
“Dia (Muhyiddin) menggunakan pandemik ini sebagai alasan untuk menangguhkan sidang Dewan Rakyat dari 9 Mac kepada 18 Mei.
“Ini akan berikannya masa untuk mengumpulkan sokongan jika terdapat undi tidak percaya terhadapnya,” katanya.
Kadir juga berkata tindakan Muhyiddin tidak melantik timbalan perdana menteri juga menguntungkannya.
“Sebaliknya dia melantik empat menteri kanan yang secara teorinya terhutang budi dengannya dan oleh itu tidak akan bergabung untuk mencabarnya,” kata Kadir.