Bazar Ramadan di Putrajaya, KL, Labuan dibatalkan

2020-04-09 23

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memutuskan tiada penganjuran bazar Ramadan bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada tahun ini.


Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiga kaedah baharu iaitu pandu lalu, bungkus dan ambil (pack & pick) serta e-panggilan akan diguna pakai menggantikan penganjuran bazar Ramadan.

Menurutnya, bayaran fi lesen, cagaran dan caj perkhidmatan ke atas penjaja yang telah diluluskan permohonan bazar Ramadan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) akan dipulangkan.

"Terdapat 66 lokasi bazar Ramadan melibatkan 2,673 penjaja di Kuala Lumpur, 300 penjaja di satu lokasi di Putrajaya dan 215 penjaja di tiga lokasi di Labuan terlibat dengan pembatalan itu.

"Sama ada PKP ditamatkan atau disambung, KWP berpandangan amalan penjarakan sosial dan garis panduan KKM mesti diteruskan bagi memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19) demi keselamatan rakyat Wilayah Persekutuan," katanya pada Facebook Live KWP hari ini.

Free Traffic Exchange