Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti ujian saringan Covid-19 daripada 11,500 kepada 16,500 ujian sehari.
Ketika ini KKM sedang mengenalpasti cara terpantas mendapatkan keputusan ujian Covid-19 termasuk menggunakan kit ujian pengesanan pantas antigen dan melakukan ujian di titik penjagaan (point of care).