Seramai 587 orang warga gelandangan telah pun ditempatkan di pusat penempatan sementara di sekitar Kuala Lumpur.
Daripada jumlah itu, 507 orang adalah warganegara dan 80 orang bukan warganegara.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa ketika ini pihaknya akan cuba menambahbaik kemudahan yang ada di penempatan tersebut termasuk menyediakan kubikel-kubikel bagi gelandangan wanita dan yang mempunyai anak kecil