Presiden PKR, Anwar Ibrahim semalam menyatakan pesalah yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak harus dipenjarakan bukan kerana isu penjara sesak, tetapi atas sebab keadilan.
"Nelayan ditangkap langgar perintah kawalan, 3 bulan penjara. Orang besar di Mont Kiara, satu bulan penjara," katanya dalam rakaman video di laman Facebooknya malam tadi.
Menurutnya lagi, isu penjara sesak bukanlah satu perkara baru.