Lebih 19 ribu kes jemaah tabligh Sri Petaling telah disaring

2020-04-03 676

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan seramai 19,032 orang jemaah tabligh di Sri Petaling telah menjalani saringan kesihatan.

Berhubung sama ada KKM telah menjalani pemeriksaan kepada baki 3,000 peserta himpunan tabligh yang belum berbuat demikian, Noor Hisham berkata ada kemungkinan mereka tiada di Malaysia.

"Mungkin mereka di luar negara. Kita akan terus memantau, dan berharap mereka akan pulang dan akan dikuarantin selama 14 hari," katanya lagi.