Pusat rawatan Covid19 berisiko rendah dibuka tiga minggu lagi

2020-04-03 512

Kerajaan telah membangunkan sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di MAEPS, Serdang bagi menghadapi pertambahan bilangan pesakit Covid-19.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba hari ini mengumumkan pusat itu dijangka beroperasi dalam tempoh tiga minggu lagi iaitu apabila jumlah pesakit memenuhi tiga perempat di hospital sedia ada.

Pusat kuarantin tersebut dijangka dapat menampung seramai 604 pesakit.

Bagaimanapun pesakit Covid-19 yang stabil, tidak mempunyai gejala atau gejala ringan saja akan ditempatkan di pusat tersebut.

Free Traffic Exchange