Boleh keluar lebih 10km jika tiada hospital, kedai berhampiran

2020-04-03 479

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa terdapat pengecualian untuk peraturan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menetapkan pergerakan seseorang perlu dalam radius 10 kilometer dari rumah.

Beliau berkata jika tidak ada kedai atau kemudahan perubatan dalam radius itu, maka orang ramai boleh pergi ke kemudahan terdekat meski melebihi 10km.