Kes Covid-19 di Sungai Lui meningkat, mungkin berkait Perhimpunan Sri Petaling

2020-03-30 745

Jumlah kes positif Covid-19 di daerah Hulu Langat telah meningkat kepada 271 orang pada hari ini, dengan 90 kes dicatatkan di sekolah tahfiz di Sungai Lui.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) percaya bahawa rangkaian jangkitan di daerah itu juga boleh dikaitkan dengan perhimpunan Sri Petaling bulan lepas.

"Sekiranya kita lihat dari statistik, di seluruh daerah Hulu Langat, terdapat sejumlah 271 kes, dan di Madrasah Nabawiyyah, Batu 24 Sungai Lui, terdapat 90 kes setakat ini.

"Jadi, sebelum ini, terdapat 71 kes, sejak dua hari lepas, kami mendapati jumlah kes meningkat sebanyak 90 kes," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Menurut Noor Hisham, mereka mengesyaki terdapat penduduk kampung dari daerah Hulu Langat yang telah menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling akhir Februari, dan telah merebak ke daerah itu ketika mereka pulang.

"Kelompok, yang paling mungkin dikaitkan dengan kluster kumpulan tabligh.

"Jadi, jika kita melihat dalam satu bulan ini, kelompok tabligh telah menyebar kepada lima generasi (jangkitan).

"Mungkin di kalangan penduduk di Hulu Langat atau Kampung Sungai Lui, ada yang positif," katanya.