Zuraida tinjau, lakukan sendiri operasi sanitasi di Sungai Ramal

2020-03-30 2

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin hari ini telah turun padang menyaksikan buat pertama kalinya Operasi Sanitasi Awam dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Kampung Sungai Ramal Dalam.

Beliau mengambil kesempatan menjalani sendiri operasi sanitasi nyah cemar di kawasan tersebut bersama pegawai yang lain, hari ini.

Semalam, beliau berkata sebanyak 47 kawasan yang disenaraikan sebagai Zon Merah dan Jingga penularan COVID-19 di seluruh negara bakal jalani operasi nyah cemar.

Antara daerah yang terbabit termasuk Hulu Langat, Ulu Kinta, Kota Bharu dan Simpang Renggam.

Free Traffic Exchange