Noor Hisham juga memberitahu pemberita hari ini bahawa Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu pusat untuk melakukan penyelidikan rawatan untuk Covid-19.
Pengarah Kesihatan Malaysia itu berkata antara tugas KKM adalah penyelidikan mengenai ubat terbaru yang dipanggil "Remdesivir" bagi merawat pesakit Covid-19.
Malaysia adalah antara beberapa negara yang dipilih oleh WHO dan antara kriteria mengapa ia terpilih adalah kerana Malaysia mempunyai platform penyelidikan perubatan dan penyelidik yang terlatih.