Covid-19: Malaysia catat 23 kematian, 235 kes baru

2020-03-26 289

Setakat tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan 23 kematian akibat Covid-19 dan 235 kes baru yang menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu sebanyak 2,031.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 235 kes baru yang dilaporkan, sebanyak 60 kes mempunyai kaitan dengan kluster tabligh masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Baki 175 kes lagi sedang dalam siasatan.