Pasar awam KL ditutup untuk Ops Bersih dan Diinfeksi Wabak Covid-19

2020-03-25 421

Sebanyak 19 pasar awam di kawasan Kuala Lumpur ditutup hari ini bagi memberi laluan pelaksanaan Ops Bersih dan Diinfeksi Wabak Covid-19.

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), inisiatif pembersihan itu bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di pasar awam sekali gus memastikan premis berkenaan lebih bersih serta selamat dikunjungi.

Operasi tersebut akan dijalankan serentak dan melibatkan penutupan operasi pasar bagi kerja pencucian menyeluruh sebelum aktiviti diinfeksi dijalankan.

KiniTV sempat ke Pasar Chow Kit pagi tadi untuk meninjau operasi pembersihan yang dijalankan.