PM: 172 kes baru, keadaan mungkin lebih buruk

2020-03-25 2,344

Bilangan kes jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 1,796 kes setakat tengah hari ini.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam ucapan secara langsung di televisyen berkata, sebanyak 172 kes baru direkodkan hari ini dan memberi amaran angka itu mungkin menjadi lebih buruk.

Beliau juga berkata dua kematian lagi telah dilaporkan, menjadikan angka kematian kini meningkat kepada 17.

Muhyiddin berkata, beliau telah diberikan taklimat oleh pihak Majlis Keselamatan Negara bahawa peningkatan kes positif Covid- 19 dijangka meningkat lebih tinggi.

"Jumlahnya mungkin meningkat berkali-kali ganda lagi seperti yang berlaku di beberapa buah negara lain.

"Dari satu segi perintah kawalan pergerakan yang kita ambil telah sedikit sebanyak berjaya mengawal penularan wabak ini," katanya.

Free Traffic Exchange