Pasar Borong KL terjejas, peniaga terpaksa buang sayur-sayuran

2020-03-25 1

Tinjauan KiniTV di Pasar Borong Kuala Lumpur pagi tadi mendapati para peniaga terpaksa membuang lebihan sayur-sayuran yang tidak dapat dijual sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, beberapa petani memberitahu Malaysiakini, disebabkan pelbagai kekangan dan syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa, ramai penjual sayur dan pemandu lori sayur mengadu kurang menjana pendapatan menerusi hasil mereka.

Pasar Borong Kuala Lumpur menjadi antara pasar yang terkesan sekali.