Kementerian Kesihatan memaklumkan sedang dalam usaha mengesan semua peserta himpunan tabligh di Masjid Seri Petaling bulan lalu untuk melakukan pemeriksaan walaupun tidak menunjukkan gejala wabak Covid-19.
Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham memberitahu akan bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa peserta tabligh terbabit ke hospital atau klinik.
Beliau juga ditanya sekiranya KKM akan membuat ujian saringan terhadap semua peserta himpunan tabligh berkenaan.
"Memang sekarang ini tidak ada simptom pun, kita akan uji semua jemaah tabligh," jelasnya lagi.