Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah hari ini menegaskan penggunaan topeng muka harus dihadkan kepada mereka yang sakit atau yang bertugas di hospital.
Ini merupakan saranan yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Katanya lagi, penjarakan sosial (social distancing) memadai untuk melindungi diri daripada wabak Covid-19 dan tidak perlu berlebih-lebihan menggunakan topeng muka memandangkan bekalan yang berkurangan pada masa ini.