Menteri Kesihatan Adham Baba memaklumkan Malaysia kini memasuki fasa pembendungan akhir wabak Covid-19.
"Kita ada fasa onset, kita ada fasa containment (pembendungan), late containment dan terakhir fasa mitigation.
"Jadi kita sekarang ini dah masuk late containment (pembendungan akhir) kerana kes kita dapat terbaru sebanyak 428 kes kini kia dah masuk late containment dan ini kita perlu buat satu tindakan drastik," katanya pada sidang akhbar yang disiarkan di Facebook, semalam.
Jelasnya, kerajaan akan menggunakan undang-undang "di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988."
"Kita akan ambil tindakan. Pasti. Saya nak kata perkataan menjejaki - memburu mereka," tegas Adham lagi.
Wabak Covid-19 bertambah buruk susulan jangkitan yang dikaitkan dengan himpunan tabligh di Sri Petaling di Kuala Lumpur.