Kerajaan lancar tabung Covid-19 bantu mangsa kuarantin

2020-03-11 320

Kerajaan hari ini mengumumkan pelancaran Tabung Covid-19 dengan dana permulaan RM1 juta.

Menurut Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, tabung itu bertujuan bagi membantu rakyat yang terjejas akibat tidak dapat bekerja kerana dikuarantinkan.

Katanya, semua pihak sama ada orang ramai dan syarikat dipelawa menyumbang kepada tabung berkenaan yang akan diagihkan semula kepada pihak yang memerlukan.