Sementara itu, tiada Timbalan Perdana Menteri dilantik dalam kabinet baru Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, Muhyiddin telah melantik empat menteri kanan bagi membantu menyelaras hal-hal ehwal kabinet berkaitan ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur, pendidikan dan sosial.
Menteri-menteri kanan yang dilantik ialah:
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Azmin Ali
Menteri Pertahanan - Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kerja Raya - Fadillah Yusof
Menteri Pendidikan - Mohd Radzi Md Jidin