Beberapa pihak, termasuk daripada kalangan pemimpin Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Dr Dzulkefly Ahmad kembali memegang jawatan menteri kesihatan.
Ketika ditanya berhubung perkara berkenaan, pemimpin Amanah itu enggan memberi respons lanjut.
Dzulkefly, yang merupakan pengarah strategi Amanah berkata, cadangan itu hanyalah khabar angin dan dia tidak pernah mendengar cadangan rasmi.
Menurutnya lagi, pertaruhannya juga tinggi untuk beliau dan kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada partinya yang merupakan parti komponen PH.
Prestasi Dzulkefly sebagai menteri kesihatan sebelum ini mendapat pujian, terutama dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini.
Malaysia kini berdepan gelombang kedua penyebaran Covid-19 selepas jumlah kes yang disahkan di negara ini baru-baru ini melonjak kepada 55 kes.