Belum ada keputusan kerjasama PN di peringat negeri - MB Terengganu

2020-03-06 512

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata segala perubahan berkaitan dengan kerajaan negeri itu tidak harus menggangu perjalanan pentadbiran negeri.

Beliau merujuk sekiranya akan ada perubahan exco negeri berikutan kerjasama PAS dalam Perikatan Nasional di peringkat persekutuan.

Katanya, buat masa ini belum ada sebarang keputusan mengenai kerjasama Perikatan Nasional di peringkat negeri.

Free Traffic Exchange