Saya 'party man', bukan 'Batman' - Amiruddin setia dengan PKR

2020-03-05 1

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menyatakan beliau setia dengan perjuangan parti, walaupun sebelum ini dia merupakan penyokong kuat Adun Gombak dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

"Saya party man (orang parti), bukan 'Batman'," katanya ringkas kepada pemberita.

Kata-katanya itu disambut dengan tepukan oleh ahli Pakatan Harapan Selangor di kediaman rasminya di Shah Alam petang tadi.