Insya Allah, Jumaat kita lantik exco - MB Johor

2020-03-05 317

Exco baru negeri Johor dijangka akan mengangkat sumpah Jumaat ini, menurut Menteri Besar Johor yang baru dilantik, Hasni Mohammad.

Menurutnya, dia masih menyiapkan senarai cadangan nama sebelum menyerahkannya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selewat-lewatnya esok.