Dapat restu dari PM, dah maklum pada pimpinan Bersatu - Mukhriz

2020-02-27 10,095

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir hari ini menyatakan kerajaan campuran di peringkat negeri bukan satu masalah kerana ia pernah berlaku dahulu.

"Sebelum ini pernah ada kerajaan campuran di Selangor, PAS tidak bersama di peringkat nasional tetapi bersama di peringkat negeri. Dan hubungan antara kerajaan negeri dan pusat diuruskan dengan baik."

"Kami telah bersepakat di peringkat negeri bahawa telah selesai masalah ini.

Sementara itu menurut Mukhriz, keputusan untuk menubuhkan kerajaan bersama antara Bersatu dan PH telah mendapat restu daripada Perdana dan dimaklumkan kepada pucuk pimpinan Bersatu.