Bersatu diarah sokong Dr Mahathir

2020-02-26 4,249

Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin memberitahu kesemua 26 anggota parlimen parti itu diarahkan untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Radzi berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi dua hari lalu turut memutuskan untuk menolak peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi.

Katanya lagi, anggota Bersatu diminta bertenang dan yakin dengan pimpinan parti untuk menangani keadaan politik semasa.

"Kami yakin keadaan ini akan selesai dengan kadar segera," katanya.

Free Traffic Exchange