Bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin hari ini mengalirkan airmata ketika membuat ucapan terakhir kepada kakitangan kementerian itu.
Dalam ucapannya, beliau menyeru supaya kakitangan memberi kepercayaan yang sama kepada sesiapa sahaja yang bakal dilantik menjadi menteri yang baru.
Tambahnya lagi, beliau bangga dapat menerajui kementerian itu sepanjang 20 bulan lepas.