Presiden Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim dan isterinya Dr Wan Azizah terus meninggalkan ibu pejabat PKR selepas selesai mesyuarat tergempar Pakatan Harapan malam ini.
Ketika ditemui di luar Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, kedua-duanya tidak menjawab pertanyaan pemberita mengenai keputusan yang dibuat dalam mesyuarat tersebut.