PH boleh dapat majoriti mudah - Khalid Samad

2020-02-25 138

PH dijangka akan membentuk kerajaan sekali lagi dengan memperolehi majoriti mudah, kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.

Ditemui di luar Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Khalid berkata banyak isu dibincangkan dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden PH petang tadi.

Ditanya keyakinannya PH akan mendapat majoriti di Dewan Rakyat, Khalid berkata: "Insya-Allah, (tapi) majoriti dua per tiga adalah hal masa lalu. Majoriti mudah, mencukupi," katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, berkata PH mencapai persetujuan dalam mesyuarat hari ini, namun hanya akan mengumumkannya esok.