Dr M tak akan jemput kleptokrat, korup - Kadir Jasin

2020-02-25 3,752

Tokoh wartawan A Kadir Jasin menyuarakan pandangannya bahawa perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad dalam menubuhkan kerajaan baru, tidak akan menjemput kleptokrat dalam kerajaannya nanti.

Tulisnya dalam blognya hari ini, beliau berkata "Apa jua kerajaan yang akan diputuskan oleh Dr Mahathir, satu perkara sudah pasti. Penjenayah, kleptokrat, OKT (orang kena tuduh) dan yang korup tidak dijemput.

Katanya, ini telah dijelaskan kepada partinya pada mesyuarat Ahad lalu.

Kedaulatan undang-undang, perbicaraan berprofil tinggi dan agenda reformasi akan diteruskan.