Anwar, Guan Eng, Syed Saddiq keluar dari Pejabat Perdana Menteri

2020-02-24 7,457

Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilihat meninggalkan Perdana Putra, dengan tidak menghentikan kenderaan mereka untuk bercakap dengan media.

Mereka dilihat keluar dari Pejabat Perdana Menteri pada pukul 10.25 pagi tadi selepas tiba pada pukul 9.30 pagi.

Hanya beberapa minit sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga dilihat meninggalkan Pejabat Perdana Menteri.

Syed Saddiq, memandu kenderaan sendiri dan sempat melambai tangan kepada media tanpa memberikan komen apa-apa.

Semalam, desas-desus mengatakan Anwar Ibrahim, dijangka akan bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi ini ekoran perkembangan baru politik semalam yang memungkinkan berlakunya penjajaran semula politik negara.