107 rakyat Malaysia dikuarantin dari Wuhan dibenarkan pulang

2020-02-18 2,196

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini mengumumkan kesemua 107 orang rakyat Malaysia yang dikuarantin selepas tiba dari Wuhan, China pada 4 Februari lalu dibenarkan pulang hari ini.

Ini selepas kesemua mereka berjaya menamatkan tempoh pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) selama 14 hari.

Menurutnya lagi, ini termasuk dua orang rakyat Malaysia yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.