Covid-19 bukan masalah satu negara sahaja - Lee Boon Chye

2020-02-14 240

Masalah wabak Covid-19 tidak seharusnya dilihat sebagai beban satu negara sahaja tetapi sebagai masalah yang harus dihadapi bersama oleh dunia.

Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye berkata, Malaysia akan bersolidariti bersama China bagi menghadapi wabak ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan di Hospital Sungai Buloh di atas kejayaan 4 orang pesakit warga China yang berjaya sembuh daripada Covid-19.