Penduduk PPR Sri Aman tuntut DBKL tunai janji tak kenakan sewa

2020-02-14 1

Sekumpulan penduduk PPR Sri Aman di Jinjang Utara hari ini melakukan demonstrasi di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini, atas dakwaan DBKL tidak menunaikan janji.

Menurut wakil kumpulan itu, Shila Sinnayah, DBKL telah berjanji untuk hanya mengenakan sewa selama 6 bulan dan tidak perlu membuat bayaran apa-apa selepas itu kerana proses sewa beli akan diuruskan.


Shila mewakili bekas penduduk rumah panjang Jinjang Utara, sebuah penempatan sementara yang dipindahkan ke PPR Sri Aman pada 2017.

Kumpulan penduduk itu memohon untuk bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan bagi menyelesaikan masalah yang sudah bertangguh sejak Disember tahun lalu.