Timbalan Presiden MCA, Mah Hang Soon hari ini menggesa Menteri KPDNKK Saifuddin Nasution meletakkan jawatan berikutan bekalan topeng muka yang tidak mencukupi.
Ketika berucap di majlis pengedaran topeng muka, 'A Mask is a Must' di Wisma MCA, beliau berkata telah menerima banyak aduan mengenai masalah ini yang telah berlarutan sekian lama.
Menurutnya lagi, mungkin ada pihak yang menyorok bekalan topeng muka serta ketiadaan sistem pemantauan bekalan yang mantap dan telus.