Rangkaian rel transit dan bas Rapid KL hari ini mengumumkan telah mengambil langkah-langkah tambahan berikutan kes novel koronavirus yang berlaku di negara ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij, antara langkah tersebut adalah pemandu yang sakit tidak akan dibenarkan memandu dan membekalkan pemandu bas dengan topeng muka.
Selain itu, setiap pagi taklimat akan diberi kepada para pemandu mengenai maklumat terkini perkembangan terbaru virus itu serta langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan.