Jumaat lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata, beliau mahu Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan semula.
Walaupun belum ada sebarang keputusan dibuat, kenyataan perdana menteri itu sekali lagi mencetuskan reaksi pelbagai pihak, termasuk Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail dan bekas timbalan menteri pendidikan P Kamalanathan.
KiniTV telah menemuramah beberapa orang ibu-bapa di sekitar Petaling Jaya bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai perlaksanaaan semula PPSMI di sekolah-sekolah.