Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengambil pencegahan awal antaranya mengelakkan hadir mana-mana acara perayaan sekiranya tidak sihat.
Nasihat itu dikeluarkan berikutan upacara Thaipusam dan sambutan Chap Goh Mei yang akan disambut penganut Hindu dan Buddha minggu ini.
Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Hospital Selayang juga akan bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang insiden yang mungkin berlaku di upacara Thaipusam.