Mahasiswa desak kerajaan lebih telus proses mansuh Auku

2020-02-06 16

Aktivis mahasiswa menggesa orang ramai untuk mendesak kerajaan PH menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) tahun ini.

Wakil Gerakan Pembebasan Akademik dalam sidang media di Putrajaya tengah hari ini juga menggesa kerajaan agar lebih telus dalam rancangannya berhubung pemansuhan undang-undang kontroversi itu.

Anggota GPA Wong Yan Ke berharap kerajaan akan sentiasa memberi maklumat terbaru kepada rakyat berkenaan perbincangan itu sebelum diputuskan Kabinet.

"Kami berharap orang awam juga dapat mendeak Kabinet untuk meluluskan kertas putih (untuk memansuhkan Auku). Undang-undang itu sudah lama dan menekan hak pelajar untuk banyak tahun," katanya lagi.