MAHB pertingkat usaha sanitasi cegah koronavirus

2020-02-05 24

Syarikat Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) mempertingkatkan usaha sanitasi di kesemua 39 lapangan terbang di Malaysia berikutan penularan wabak novel koronavirus.

Menurut Pengurus Kanan Operasi Perkhidmatan Terminal MAHB, Abdul Hasman Abdul Muhimin, proses sanitasi melibatkan penggunaan bahan kimia bagi membersihkan tempat-tempat yang biasa disentuh orang awam.

Kerja-kerja sanitasi itu telah bermula sejak 25 Januari setelah pihaknya mendapat maklumat daripada Kementerian Kesihatan.

RM16 ribu telah dibelanjakan untuk proses itu dan seramai 320 kakitangan pembersihan akan bertugas di KLIA manakala 280 orang di KLIA2.