Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan pemantauan terhadap ahli keluarga terdekat warga Malaysia, seorang lelaki berumur 41 tahun yang disahkan positif novel koronavirus hari ini.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, langkah 'contact tracing' akan dijalankan bagi memastikan sebarang kes jangkitan yang mungkin berlaku di kalangan ahli keluarga lelaki tersebut.