Kementerian Kesihatan akan menjalankan beberapa langkah kawalan jangkitan ke atas rakyat Malaysia yang pulang menaiki penerbangan khas dari Wuhan.
Dalam satu sidang media, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, antara lain mereka tidak akan masuk melalui bangunan KLIA serta akan melalui proses diinfeksi di dalam kapal terbang.
Mereka yang didapati mempunyai gejala akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh ataupun Hospital Besar Kuala Lumpur. Bagi yang tidak bergejala, mereka akan dibawa ke pusat pemantauan dan dibenarkan pulang selepas dipastikan positif virus novel koronavirus selepas tempoh kuarantin.
Menurutnya lagi, waris mereka juga tidak akan dibenarkan menziarahi selama proses kuarantin itu berlangsung, iaitu 14 hari.