Duta China ke Malaysia, Bai Tian hari ini meminta kerajaan negeri Sabah menimbang semula tindakan menggantung semua penerbangan ke China yang bermula semalam.
Menjawab soalan media dalam satu sidang media, Bai Tian berkata sebarang tindakan yang dibuat oleh mana-mana kerajaan haruslah mempunyai asas yang kukuh.
"Saya berharap dalam situasi yang sukar begini, sebarang pergerakan pengembara dan aktiviti perdagangan tidak harus terjejas di antara China dan Malaysia, termasuklah Sabah."