Syabas Haikal, sebelah kaki, bertongkat, 7km bukan masalah

2020-01-23 416

Bagi orang biasa pun, berjalan 7km bukan mudah. Bagaimanapun, remaja 13 tahun Haikal Mikail Anuar, yang hanya mempunyai sebelah kaki, membuatkan jarak itu tidak nampak jauh.

Sambil tersenyum dan bertongkat, kadangkala dipegang rakan-rakannya, Haikal berjaya menghabiskan larian merentas desa anjuran sekolahnya SMK Muadzam Shah, Pahang pada 17 Januari lalu.

Haikal menghabiskan larian lebih dua jam.

Walaupun mendapat nombor terakhir, Haikal ternyata menjadi pencetus inspirasi kepada rakan-rakannya yang lain.

Haikal ialah bekas pesakit kanser tulang yang kakinya terpaksa dipotong ketika berumur enam tahun.

Sementara itu, guru kelasnya hanya hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Rohana berkata, sebelum larian itu lagi, Haikal memang seorang yang aktif.

Anak muda itu malah pernah terlibat dalam permainan bola sepak, mengayuh basikal, terlibat dalam acara flying fox dan berenang, bawah pengawasan guru sekolah.

Free Traffic Exchange