Kadir jawab Ahmad Maslan: Tuan masak, banduan semua gembira

2020-01-22 14

Wartawan veteran A Kadir Jasin hari ini membalas pantun empat rangkap yang dibuat oleh ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan.

Dalam pantunnya semalam, bekas timbalan menteri itu menggambarkan dirinya sebagai "mangsa kezaliman".

Sementara itu, Kadir, dalam gurindam yang disiarkan di blognya berkata, Ahmad Maslan selaku panglima berani tidak perlu cemas jika dirinya tidak bersalah.

Kadir juga mengimbau bagaimana Ahmad Maslan suatu ketika dahulu “begitu berani dan sombong" mempertahankan Najib "siang dan malam" ketika BN berkuasa.

Walau bagaimanapun, Kadir berkata jika ditakdirkan Ahmad Maslan masuk penjara, maka dia tidak harus bimbang atau bersedih.

Ahmad Maslan semalam didakwa di mahkamah selepas didakwa gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan memberi penyataan palsu kepada SPRM.

Free Traffic Exchange