Beli Mercedes tapi tak mampu bayar gaji kakitangan awam? - LGE

2020-01-21 2

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempersoalkan bagaimana kerajaan Kelantan mampu membeli kereta mewah tetap tidak mampu membayar gaji penjawat awam.

Kerajaan Kelantan tahun lepas telah memohon pinjaman RM100 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembayaran gaji kakitangan awam di negeri tersebut.

Selain itu, beliau juga tidak tahu menahu mengenai pengecualian cukai bagi pembelian 14 buah Mercedes Benz di Kelantan.